Sunday, November 23, 2014

#THROWBACK Haji 1434H/2013 #2

Salam Sejahtera ke Atas Kamu

Tadi pukul 11, TV3 ada siarkan program 30 Jemaah Haji yang disponsor untuk menunaikan haji ke Tanah Suci tahun ni. Sepanjang 1 jam siaran, aku rasa sebak sangat. rindu tu datang menusuk kalbu tanpa perlu diundang.

dan pastinya air mata mengalir.

aku rindu yang teramat sgt kat Tanah Suci. Dari Makkah sehinggalah ke Madinah.
bila tgk pakcik makcik tu menangis dengan rasa seronok dan bertuah dpt pergi kesana, aku bagai dpt memahami perasaan itu.

perasaan nervous dan takut sebelum pergi ke sana.
perasaan pertama kali melihat Baitullah yang amat besar dan cantik.
perasaan pertama kali melakukan Tawaf dan Saie tanpa rasa letih.
perasaan bila berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
dan perasaan bila terpaksa meninggalkan kota suci Makkah dan Madinah.

Aku mengaku perasaan takut itu lebih banyak dari perasaan teruja sebelum pergi ke Makkah.
Aku takut Allah tak terima aku yg penuh dengan dosa. Sampaikan dlm flight pun aku tak boleh tidur.
Tapi, aku tahu Allah itu Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Dia sentiasa bersedia menerima hambaNya walau dlm apa jua keadaan.

Bila aku tgk Kaabah tadi dlm TV, aku teringat perasaan aku nampak Kaabah buat pertama kali.
It was amazing. I never thought that I can see Kaabah in front of my eyes, it is really big and so beautiful.
Dan aku takkan pernah lupa--
perasaan bila mana Allah buka ruang dan peluang untuk aku sentuh Kaabah. ya Allah, i can never describe the feeling. terus sampai ke hati.

Aku sejenis manusia yg tak boleh berada di kawasan yang sesak dan penuh dengan manusia. Aku akan jadi pening, tambahan lagi waktu Tawaf yg memerlukan aku mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali pusingan. Tapi Alhamdulillah, aku masih ada ayah dan kaklong untuk pegang dan guide aku. setiap kali pusingan bertambah, samada ayah atau kaklong (depends on who with me at that time) diorang akan remind me, ini pusingan keberapa, ini pusingan keberapa. Kaknik, bukak mata, tetapkan niat. Kaknik sampai sudut ni baca ni. and etc. I dont know, kalau lah Allah tidak takdirkan aku pergi bersama mereka, mungkin aku tak mampu buat Haji yg terbaik.



Selepas Tawaf umrah, akan diikuti dengan Saie. Saie ni ialah perjalanan dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Dulu Siti Hajar berlari dari Safa ke Marwah untuk mencari air buat Nabi Ismail yg ketika itu masih bayi, sehingga kali ke 7, Allah keluarkan air zam zam dari hujung kaki Nabi Ismail.

Saie ni lebih kurang 4KM++ pergi balik Safa Marwah 7 kali. It was tiring but fun. Kalau letih, tempat minum air zamzam disediakan disepanjang perjalanan. Tapi ketika Saie ni, aku dpt rasakan bagaimana pengorbanan Siti Hajar yg ketika itu di bawah panas terik, tanah yg berbatu2, beliau berlari kesana sini. sekarang ni dan senang banyak. Lantai dan dimozek, bumbung ada diatas kepala untuk lindung dari panas, aircond pun dah pasang. tapi zouk itu masih boleh dicari dengan penghayatan yg mendalam terhadap ibadah yg dilakukan.


sebenarnyalah, tiada doa khusus pun ketika tawaf dan saie, boleh baca doa, boleh bersembang (tapi tak digalakkan takut beralih niat), boleh berzikir. Yang penting, ketika Tawaf dan Saie ni, mustajab doa. Sebenarnya, di Tanah Suci itu sendiri, berkatnya doa. sebab tu bila aku ada masalah, atau permintaan yg agak berat, how I wish, aku ada di tanah suci.

ya Allah, rasa dekatnya dengan Allah tu, tak dapat aku gambarkan. sukar nak cari rasa tu bila ada di tanah air.

I think thats all for today kot. ketandusan idea. sekadar mengisi masa lapang yg sebenarnya perlu digunakan untuk menyiapkan assignment yg bertimbun. /sigh/ perlu mencari semangat kerajinan yg bersepai dan berselarak entah ke mana.

goodnight :) Assalamualaikum.

Hajjah Nur Syaza Aiman binti Mohd Saupi
0024HRS. November 23 2014.

No comments:

Post a Comment